Oh! Artis
“Dia Ludah Dekat Kereta Aku” – Shuk Sahar Dedah Pernah Jadi Mangsa ‘Cancel Culture’ Kerana Kes Curangnya Dulu
Sekali netizen kata tak suka dan nak boikot, memang kaw kaw dorang buat, jangan main- main dengan ‘cancel culture’ daripada orang Malaysia ni. Bahaya betul ye!
Baru-baru ini, pelawak dan pelakon Shuk Sahar berkongsi tentang pengalamannya sebelum ini pernah menjadi sasaran ‘cancel culture’ netizen.
Menerusi video podcast yang dimuat naik di TikTok, Shuk berkata ketika dia teruk dikecam oleh masyarakat Malaysia kerana isu rumah tangga dan kecurangannya.
Malah, Shuk mendedahkan dia pernah diperlakukan dengan biadap oleh seorang makcik ketika sedang menikmati makanan di sebuah kedai di Pulau Pinang.
Difahamkan, wanita terbabit melihatnya dalam keadaan keji berdasarkan reaksi mukanya yang seperti membenci dan tidak berpuas hati.
Aku parking kereta, dekat tempat meja aku makan. Masa mak cik tu nak gerak mungkin dia tahu itu kereta aku.. dia ludah dekat kereta aku.
Katanya, sewaktu dia melihat makcik tersebut berbuat sedemikian terdetik dalam hatinya mahu bangun dan marah namun disebabkan kesnya sedang hangat dia tidak buat apa-apa.
Aku nak bangun nak marah, kes aku tengah meletup. Orang kedai tu pun pandang aku tak okay, aku pun tak buat apa apa. Itu tahap ‘cancellation’ Malaysia.
BACA: “Saya Betul-Betul Mengharap..” – Shuk Sahar Luah Perasaan Selepas 2 Tahun
Terdahulu, pelawak Shuk Sahar mendedahkan dia kini kurang mendapat sebarang tawaran dan berharap agar diberikan peluang kedua selepas isu rumah tangganya tular.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM