Connect with us

Oh! Media

Rambut Perang Punya Pasal, Azhan Rani Akui ‘Terseksa’ Selama 6 Bulan

Oh! Artis

Rambut Perang Punya Pasal, Azhan Rani Akui ‘Terseksa’ Selama 6 Bulan

Sebut sahaja tentang pelakon berbakat di tanah air, nama Azhan Rani sudah pasti menjadi salah satu selebriti yang akan disebut oleh masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Beranak Pinak Pulak Babi Tu Ya” – Azhan Rani

Mana tidaknya, aksi lakonan yang padu serta mampu membawa pelbagai watak dalam filem dan drama berkat hasil pengalamannya selama 27 tahun dalam industri.

Walaupun kurang memenangi anugerah peribadi, namun kita tidak perlu meragui mutu lakonannya dan sehingga kini masih diterima oleh banyak syarikat produksi.

Azhan Rani cipta kelainan, sahut cabaran berambut blonde

Terbaharu, pelakon versatail berusia 45 tahun itu dilihat semakin aktif dalam bidang lakonan termasuklah turut mewarna rambutnya dengan warna perang (Blonde).

Namun, perkara itu bukanlah sengaja dibuat-buat, melainkan demi menjayakan watak Alwi dalam drama komedi berjudul Keluarga Untuk Disewa.

Menurutnya, dia sebelum ini tidak pernah mewarnakan rambut sepanjang kariernya, namun sanggup berbuat demikian demi menyahut cabaran selain ingin memberikan kelainan dalam drama tersebut.

Azhan Rani

Secara peribadi, saya sangat terseksa untuk warna rambut itu. Mengikut perancangan awal, saya hanya akan bertahan dengan rambut warna perang untuk sebulan lebih sahaja.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka akan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa bertahan selama enam bulan kerana tidak dibenarkan mewarnakan hitam kembali.

Jika saya menukar warna lain, rambut akan rosak kerana saya melakukan proses melunturkan warna rambut (bleach).

Akui terseksa berambut perang, sering jadi perhatian sekitar

Akan tetapi, dia secara peribadi juga menyatakan dirinya turut ‘terseksa’ dengan penampilan seperti itu walalupun hanya sekadar untuk lakonan.

Menurutnya, gara-gara warna rambut itu, dia turut mendapat perhatian ramai orang sehingga ada yang berpandangan serong setiap kali dirinya berada di tempat awam.

Rambut ini menjadikan saya seperti makhluk asing dekat luar. Saya jalan ke mana-mana orang akan pandang terutama apabila hendak masuk ke surau dan masjid.

Oleh sebab itu, bagi mengelakkan pandangan sinis saya terpaksa tutup rambut dengan serkup kepala. Memang menyusahkan saya sebenarnya. Namun, saya bertahan demi watak Alwi.

Tambahnya lagi, walaupun terpaksa menahan seksa, namun dia mengakui sendiri menawarkan diri kepada pengarah untuk mewarnakan rambutnya.

Walaubagaimanapun, demi mencipta kelainan dan ditambah pula dengan mencipta karakter tersendiri dalam drama komedi itu, dia sanggup melakukan itu walaupun tidak pernah mewarnakan rambut sepanjang kariernya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas