Connect with us

Oh! Media

Ramai Simpati Dengan Kisah Hidup Datuk Red, 5 Tahun Jadi Biawak Hidup Ditanggung Adira Suhaimi

datuk red

Oh! Artis

Ramai Simpati Dengan Kisah Hidup Datuk Red, 5 Tahun Jadi Biawak Hidup Ditanggung Adira Suhaimi

Ramai yang terkejut dan tidak menyangka ini yang dialami Datuk Red selama ini. Datuk Seri Adnan Abu, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi memaklumkan dirinya sudah lima tahun tiada pendapatan tetap.

ADVERTISEMENT

Di aplikasi TikTok, Datuk Red secara terbuka meminta tolong kepada orang ramai untuk memberikan apa sahaja kerja yang halal bagi menampung perbelanjaan anak-anaknya.

Datuk Red dedah sudah diisytihar bankrap pada tahun 2019…

Bukan hanya itu, Datuk Red yang ditemu bual mStar turut mendedahkan dirinya sudah lama diisytihar bankrap dan terpaksa menumpang belas ihsan isteri kedua, Adira.

Selagi tak usaha selagi itulah tak tahu. Perkongsian cari pekerjaan di TikTok itu saya beranikan diri sahaja. Malu belakang kira.

Saya tak boleh tinggal diam biarkan orang rumah tanggung saya. Saya tak kisah kerja apa janji halal.

Terlalu banyak hutang sampai berjuta-juta ringgit…

Datuk Red turut mengakui sudah mencuba banyak cara tapi tidak membuahkan hasil. Ada juga saranan untuk cuba jadi pemandu e-hailing tetapi pendapat itu tidak cukup untuknya membayar hutang.

Saya ni terlalu banyak hutang. Sampai berjuta-juta. Ada yang cadangkan suruh saya jadi pemandu e-hailing tapi itu sekadar melepaskan tengkuk saya saja.

Selama ini Adira banyak tolong saya. Saya harap kisah saya ini orang tak kaitkan dengan dia. Dia pun manusia biasa ada keinginan. Sudah lima tahun Adira tanggung biawak hidup.

Apapun, Datuk Red berharap orang tidak menyalahkan isteri-isterinya sebaliknya menjadikan kisahnya ini sebagai pengajaran.

Kredit: TikTok | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas