Connect with us

Oh! Media

Tulang Mata Kiri Fasha Sandha Patah, Bebola Mata Berdarah Terhentak Bucu Katil Masa Shooting

fasha sandha jatuh katil

Oh! Artis

Tulang Mata Kiri Fasha Sandha Patah, Bebola Mata Berdarah Terhentak Bucu Katil Masa Shooting

Menerusi satu perkongsian di Instagram, adik kepada pelakon Fasha Sandha memaklumkan keadaan terkini kakaknya yang terjatuh di set penggambaran drama Anak Tuan arahan Along Kamaludin.

ADVERTISEMENT

Dalam perkongsian video itu, Fasha dilihat melakonkan babak bersama pelakon Azhan Rani. Dia ditarik dan ditolak ke lantai sebelum mata dan kepalanya terhentak bucu katil yang tajam. 

Fasha Sandha cedera terjatuh kena bucu katil

Akibat daripada itu, Fasha patah tulang mata kiri dan bebola mata kirinya berdarah serta membengkak. Kini dia menerima rawatan di Hospital Pakar Johor Bahru.

Ibu kepada tiga orang anak ini dikhabarkan akan dipindahkan ke hospital pakar Kuala Lumpur pada petang atau esok pagi.

Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat.

Pihak produksi juga telah memohon maaf kepada Fasha dan keluarga di atas apa yang terjadi. Namun Fasha berkata tiada siapa harus dipersalahkan kerana kemalangan berlaku di luar jangkaan.

Kredit: Instagram Fasha Sandha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas