Connect with us

Oh! Media

Ramai Kritik Peluk Beego Dan Aziz, Nora Danish Akui Dia Tidak Bernafsu

nora danish

Oh! Artis

Ramai Kritik Peluk Beego Dan Aziz, Nora Danish Akui Dia Tidak Bernafsu

Beberapa minggu lalu, Ohmedia ada kongsikan satu video yang dimuatnaik pelakon, Nora Danish yang menunjukkan rasa gembiranya bertemu semula dengan rakan-rakan lama dalam sitkom Puteri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Peluk Sana Peluk Sini Rancak”- Netizen Tegur Nora Danish Tak Jaga Batas

Rata-rata peminat rasa tidak sabar menantikan Puteri Reunion 2022 yang bakal kembali selepas 15 tahun ia ditayangkan di TV3. Bagaimanapun, peminat mula mengkritik bila melihat perkongsian Nora yang memeluk pelakon lelaki, Beego dan abang Aziz M.Osman.

Nora akhirnya tampil bersuara…

Nora yang dikritik cuba mendiamkan diri namun akhirnya bersuara dan merasakan tindakannya itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana dia menganggap Beego dan Aziz seperti keluarga sendiri.

Akui tiada nafsu ketika peluk dan itu caranya tunjukkan kasih sayang?

Saya peluk pun tiada nafsu, jika mereka melihat foto tersebut dengan pandangan lain, merekalah yang bernafsu sebenarnya. Netizen tidak tahu hubungan kami macam mana. Itu mungkin cara saya menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.

Dalam pada itu, Nora yang sudahpun berumur 39 tahun menyatakan dia cukup lali dengan pandangan netizen dan sudah mempersiapkan dirinya dari segi mental sebelum berkongsi apa sahaja kandungan di media sosial.

Namun, jika saya ada terlepas pandang sesuatu perkara, saya terbuka untuk menerima teguran daripada suami dan ahli keluarga lain. – Jelas Nora lagi.

Apapun, kami pun tak sabar nak tengok ragam Puteri Reunion 2022 ni nanti. Korang macam mana?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas