Connect with us

Oh! Media

“Peluk Sana Peluk Sini Rancak”- Netizen Tegur Nora Danish Tak Jaga Batas

nora danish

Oh! Artis

“Peluk Sana Peluk Sini Rancak”- Netizen Tegur Nora Danish Tak Jaga Batas

Siapa peminat dan mengikut rapat perkembangan pelakon wanita, Nora Danish mesti tahu yang dia sekarang terlibat dalam pergambaran Puteri Reunion 2022. Selepas 15 tahun drama popular ini ditayangkan, akhirnya ia akan kembali ke TV3 tidak lama lagi dan pastinya peminat drama Puteri tak sabar nak tengok kemunculan pelakon-pelakon Puteri.

ADVERTISEMENT

Pelakon berusia 40 tahun itu baru-baru ini turut berkongsi gambar dia bersama pelakon utama Puteri iaitu Kenchana Devi dan Beego. Nora turut memaklumkan Puteri akan ditayangkan pada 1 Syawal, 3 Mei 2022 di TV3 dan ia diarahkan oleh Amor Rizan.

Peminat turut teruja melihat perkongsian dari Nora yang berkongsi di balik tabir pergambaran Puteri Reunion. Rata-rata meluahkan rasa rindu dan tak sabar nak tengok semua watak ni bersama kembali.

Puteri, Kamala & Anita reunited after 15 years…

Terlalu rindu dengan “Bapa” Puteri kami…

Nora kemudian turut berkongsi video saat mereka semua bertemu pelakon Aziz M. Osman yang memegang watak sebagai bapa dalam Puteri. Dalam video tersebut, Nora dan Kenchana terlalu gembira dapat berjumpa kembali dengan ‘bapa’ dan berpelukan.

Perkongsian inilah membuatkan peminat kecewa dan tegur Nora…

Bagaimanapun, perkongsian Nora kali ini telah membuatkan rata-rata peminatnya berasa kecewa kerana mereka tidak menjaga batas pergaulan. Ia seakan perkara biasa dan tidak salah langsung untuk berpeluk sesama bukan mahram.

Masing-masing dah kahwin, jangan ambil mudah bersentuhan dan berpelukan tanpa rasa malu..

Selambe bini orang peluk laki orang…

Sebab dah nomalisasi?

Apapun kita harapkan agar rakyat kita yang beragama Islam untuk lebih peka dengan apa yang wajib kita elakkan. Memang benar kita tidak boleh hanya diamkan sahaja bila melihat perkara salah kerana takut ia akan menjadi barah.

Kredit: Instagram @noradanish

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas