Connect with us

Oh! Media

Ramai Kecam Nyanyian The Gadys Sumbang! Pihak Pengurusan Dakwa Ada Kesilapan Teknikal

the gadys ohmedia

Oh! Artis

Ramai Kecam Nyanyian The Gadys Sumbang! Pihak Pengurusan Dakwa Ada Kesilapan Teknikal

Ramai yang dari tak kenal, jadi kenal pula dengan kumpulan The Gadys ni. Semuanya gara-gara tersebarnya video nyanyian live yang kurang memuaskan sehingga ada yang melabel kumpulan tiga gadis ini bersuara sumbang dan tidak layak jadi penyanyi.

BACA: “Hancur Dik, Hauk!” – The Gadys Kena Serang Lepas Tular Video Nyanyi ‘Live’ Sumbang

image 7

The Gadys bagaimanapun dilihat tenang menghadapi keadaan ini dan tak cepat melatah. Apapun, pihak pengurusan mereka iaitu, The Gadys Universal Music Malaysia & Valient Music tampil mempertahankan penyanyinya.

IKLAN

Masa berlatih guna minus one key rendah tapi bila live keluar key lebih tinggi…

Mereka mendakwa ketika malam persembahan di RTM itu, telah berlaku kesilapan teknikal sehingga menyebabkan The Gadys gagal beri persembahan terbaik.

Kesilapan itu berlaku apabila minus one yang digunakan pada hari persembahan berbeza dengan apa yang mereka gunakan ketika berlatih.

Pada hari kejadian, produksi menggunakan minus one mereka dengan key lebih tinggi. Apapun, kami tak menyalahkan pihak produksi dan mengakui kekurangan The Gadys.

Bagi membuktikan ia kesilapan teknikal, pihak produksi meminta semua untuk mendengar video persembahan secara langsung The Gadys yang lain di YouTube sebelum membuat penilaian penuh.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas