
Oh! Artis
“Hancur Dik, Hauk!” – The Gadys Kena Serang Lepas Tular Video Nyanyi ‘Live’ Sumbang
The Gadys, kumpulan yang dianggotai oleh tiga wanita menerima kecaman selepas tular rakaman video menunjukkan kumpulan ini menyanyi secara ‘live’ di kaca TV.
Pada malam itu, The Gadys menyanyikan tiga buah lagu iaitu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati serta lagu Gadis dan Bunga.
Nyanyian jadi perhatian
@demirakyatchannel Fuhh..lain macam confident level tinggi..lagu awal2 boleh terima, masuk gewr ke 2…Takda buat raptai ke? #sumbang #nyanyi #teruk #rtmmalaysia #mukacantik #suara #viral #artismalaysia #demirakyatchannel #CapCut ♬ original sound – Demi Rakyat Channel
Difahamkan, The Gadys membuat persembahan pada malam anugerah KNKV Viral Award 2024 yang berlangsung pada 20 Februari lalu.
Netizen berkumpul di laman Instagram The Gadys menasihati mereka supaya berlatih lebih banyak sebelum muncul membuat persembahan di televisyen.



Aduhai, sabar jelah. Mungkin The Gadys terlalu nervous sampai nyanyian jadi sumbang kan? Semoga selepas ini mereka dapat menjadi lebih baik daripada hari ini.
BACA: Ramai Terhibur Dengar Dato Siti Nurhaliza Nyanyi Sumbang Masa ‘Live’
Kredit: Instagram The Gadys | TikTok @demirakyatchannel
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
