Connect with us

Oh! Media

Rakan Baik Dedah Sikap Sebenar Aliff Aziz Buat Ramai Terdiam

Aliff Aziz

Oh! Artis

Rakan Baik Dedah Sikap Sebenar Aliff Aziz Buat Ramai Terdiam

Rakan baik kepada Aliff Aziz iaitu Shahidan Izwan tampil memberitahu keadaan terkini pelakon itu yang dalam keadaan baik-baik saja walaupun dikecam teruk disebabkan kontroversi yang melanda bersama Ruhainies sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Aliff Aziz Unfollow Bella Astillah Dan Hantaran Terbaru Mengenai Aib Undang Perhatian, Netizen Minta Henti Backup Anak

Aliff Aziz

Saya tidak pasti dengan keadaannya sebab kami pun sudah lama tak berjumpa dan setakat ini, kami ada berhubung menerusi telefon. Dia baik-baik saja, tetapi dia tak berkongsi apa-apa, cuma minta doa agar dia kuat.

Apa pun bagi saya kita doakan sahajalah, moga perkara ini dapat diselesaikan dengan lancar. Saya pun risau. Buat masa sekarang alhamdulillah dia semakin baik.

Shahidan juga tidak memberikan sebarang komen apabila ditanya apakah kebenaran mengenai Aliff ditangkap khalwat tempoh hari.

Saya sedia maklum akan hal yang berlaku dan agak terkejut jugalah, namun namun, saya pun tiada di tempat kejadian, jadi tak berani cakap apa-apa kerana takut boleh jatuh fitnah.

Bukan tu jer, kawan baik Aliff itu juga mendedahkan Aliff seorang yang suka berdakwah dan selalu akan tegur untuk mengingatkan apabila orang lain melakukan kesilapan.

Alhamdulillah dengan saya, dia seorang yang baik, selalu menegur kalau saya buat silap. Malah dia pun tak lekang dengan berdakwah sebenarnya.

Dia pun tak terlalu bergaul dengan ramai orang, misalnya kalau nak keluar beli keperluan penggambaran atau nak ‘man talk’ pun dengan saya. Itu sajalah.

Kredit: Instagram Hib Glam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas