Connect with us

Oh! Media

qistina raisah

Oh! Artis

Qistina Raisah Akui Bertudung Hanya Kerana Hormat Peraturan Di Kelantan

Sebelum ini, pelakon remaja Qistina Raisah berjaya membuatkan hati netizen berbunga-bunga selepas melihat penampilannya mengenakan hijab.

BACA: Video Terbaru Qistina Raisah Undang Perhatian Ramai

IKLAN

Qistina bagaimanapun menjelaskan penampilan bertudungnya itu hanya kerana menghormati peraturan jika ingin berniaga di Kelantan.

Qistina Raisah minta maaf kalau ada yang kecewa dengannya…

Assalamualaikum semua, saya kat sini nak cakap saya sebenarnya bukan on off bertudung. Saya pakai tudung hari itu sebab saya berniaga kat Kelantan.

Jadi, peraturan di Kelantan, vendor-vendor di situ kena pakai tudung untuk menghormati peraturan di sana.

Memang ada kat sana ada yang tak pakai tudung cuma kami sebagai vendor kena pakai tudung. Jadi, minta maaf mana yang sudah kecewa dengan saya.

@qqistinaraisah

♬ original sound – Rapmalay

Bagaimanapun, Qistina meminta semua untuk mendoakan yang baik-baik agar suatu hari nanti hatinya terbuka untuk bertudung sepenuhnya.

InsyaAllah satu hari nanti. Korang doakan lah baik-baik, mana tahukan saya pakai betul-betul. Jadi, jangan cakap saya on off sebab saya memang bukan pakai tudung. Saya pakai sebab pergi Kelantan.

Apapun, kita doakan sahaja yang baik-baik buat Qistina semoga hatinya terbuka untuk berubah lebih baik.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas