Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Sering Diganggu ‘Fake Account’ Guna Nama ‘Mastura’ Buat Peminat Bantu Sama Jejaki Pelaku

Oh! Artis

Puteri Sarah Sering Diganggu ‘Fake Account’ Guna Nama ‘Mastura’ Buat Peminat Bantu Sama Jejaki Pelaku

Pelakon jelita, Puteri Sarah dedah yang dirinya sering diganggu akaun falsu yang menggunakan nama ‘Mastura’. Kerja siapalah agaknya ni kan?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mstar, Puteri Sarah akui telah menyedari kewujudan akaun misteri itu sejak Ogos lalu ketika ditemui pihak media.

Akaun yang menggunakan nama ‘Mastura’ itu akan meninggalkan komen berbaur negatif dan provokasi di setiap posting buatkan Puteri Sarah mula perasan.

Saya tak tahu siapa dia tapi dia ada di setiap perkongsian Instagram saya. Dia selalu tinggalkan komen berbentuk provokasi.

Peminat Sarah tak berdiam diri dan ada yang cuba untuk menjejaki serta menyiasat mengenai siapakah gerangan disebalik nama ‘Mastura’ itu. 

Bekas isteri kepada Syamsul Yusof itu juga tidak ‘pelik’ sekiranya individu tersebut adalah orang terdekat kerana ‘Mastura’ berani menyentuh hal peribadi dan keluarga terdekat.

Kalau orang luar, dia takkan sentuh hal peribadi kita. Ini mungkin orang yang kenal kita. Dia kata dah baca saman saya yang dulu… Dia kata saya tak move on.

Tapi saya bernasib baik ada netizen yang bantu sebab mereka pun nampak sejak bulan Ogos dia asyik menghina dan buat provokasi.

Buat masa sekarang, belum dapat maklumat penuh lagi tapi dah dapat alamat IP dan lokasi. Daripada situ saya dah boleh agak sebab lokasinya di Lembah Klang.

Puteri Sarah juga mengakui bahawa dia merasa sakit hati namun lama kelamaan beranggapan ia adalah sesuatu yang menghiburkan kerana komen yang ditinggalkan ‘Mastura’ ada kalanya tidak masuk akal dan merepek.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas