Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Dedah Pernah Dipukul Syamsul Yusof Lepas Suami Tak Mahu Lepaskannya

Oh! Artis

Puteri Sarah Dedah Pernah Dipukul Syamsul Yusof Lepas Suami Tak Mahu Lepaskannya

Sebentar tadi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka dan ianya diperintahkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

ADVERTISEMENT

BACA : Syamsul Yusof Tak Mahu Lepaskan Isteri Pertama, Puteri Sarah

Menurut laporan Harian Metro, Puteri Sarah juga telah mendedahkan yang dirinya pernah dipukul suaminya tiga tahun lalu dan perkara ini buatkan dia keluar dari rumah pada tahun 2020.

Sebolehnya saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu,  tapi disebabkan Syamsul tidak mahu melepaskan saya maka saya dedahkan kepada mahkamah.

Sebelum ini saya bertindak berdiam diri kerana masih menyimpan rasa sayang. Tambah pula, bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.

Namun yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah dua tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah).

Bukan tu jer, peguam yang diwakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader mengatakan yang insiden dipukul itu adalah salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah selepas didakwa nusyuz oleh Syamsul. 

Kejadian dipukul antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).

Pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Namun begitu, mengenangkan hubungan baik dengan keluarga mentua dia kembali semula ke rumah.

Perkara tersebut ditimbulkan pada sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Bukan tu jer, Sarah juga mengatakan yang dia sudah setahun tidak berjumpa dengan suaminya itu sambil meminta Syamsul untuk melepaskannya.

Just let me go Mohd Syamsul. Sarah dah malas!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas