Connect with us

Oh! Media

Poster Ditampal Dalam Lif, Zed Zaidi Terima Ugutan Dituduh ‘Sakau’ Duit Penduduk

zed zaidi

Oh! Artis

Poster Ditampal Dalam Lif, Zed Zaidi Terima Ugutan Dituduh ‘Sakau’ Duit Penduduk

Tiada angin tiada ribut, kecoh pula isu membabitkan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi yang dituduh seleweng wang penduduk sebuah kawasan perumahan.

ADVERTISEMENT

BACA: Dituduh Mengelak Jawab Soalan, Ini Sebab Kenapa Fauzi Tinggalkan ‘Live’ Zed Zaidi

Bukan setakat dituduh ‘sakau’ duit penduduk, pelakon ini juga diugut supaya meletakkan jawatan sebagai AJK persatuan penduduk dalam masa 3 hari.

Keluarga dan anak-anak Zed Zaidi turut dipetik menyebabkan pelakon ini membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara untuk keselamatan diri.

zed zaidi

Mengenai tuduhan tersebut, Zed Zaidi menjelaskan ianya adalah fitnah semata-mata. Tuduhan itu tidak berasas kerana dia hanya memegang jawatan sebagai AJK serta tidak mempunyai akses kepada akaun pengurusan kondominium.

@rozaidijamil Semalam aku terima surat ugutan dia selit dalam lif rumah letak muka aku dan ancam aku dan keluarga! Aku rasa pihak berwajib tolong la tangkap si penakut ni!!! #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit🇲🇾 #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryou #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia #senimanmalaysia #seniman #gafema #polis #pdrm #polismalaysia🇲🇾 ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Kalau mereka ada bukti saya ambil wang penduduk, pergilah buat laporan polis. Kenapa kena ugut saya pula? Guna prosedur yang betul mengikut undang-undang.

Kongsinya, kekecohan berlaku apabila pihak pengurusan kondominium didapati tak melakukan audit terhadap akaun selama lima tahun.

AJK lama juga telah meletakkan jawatan secara beramai-ramai dan enggan memberi kerjasama kepada AJK baharu.

Zed Zaidi berkata lagi, pasukannya diurus melalui mesyuarat agung yang diundi penduduk di kawasan itu. Tugas mereka menyemak akaun penduduk sehinggalah menerima ugutan sebegitu.

Difahamkan, sudah 17 tahun Zed Zaidi menetap di kondominium itu dan ini kali pertama dia menerima ugutan yang menggugat keamanan keluarganya.

Kredit: mStar | hib glam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas