Connect with us

Oh! Media

Dituduh Mengelak Jawab Soalan, Ini Sebab Kenapa Fauzi Tinggalkan ‘Live’ Zed Zaidi

Oh! Artis

Dituduh Mengelak Jawab Soalan, Ini Sebab Kenapa Fauzi Tinggalkan ‘Live’ Zed Zaidi

Tular baru-baru ini mengenai sebuah kontroversi membabitkan seorang pelakon, Fauzi Nawawi selepas dirinya menceritakan babak rogol dengan Raja Farah.

ADVERTISEMENT

BACA: Kena Tempias Bapa, Anak Fauzi Nawawi Mohon Netizen Berhenti Caci Keluarga Lain

Selain Fauzi, Penerbit, Khair Rahman serta pelawak Shuk Sahar turut terlibat dalam sebuah program dan turut menerima kecaman daripada netizen.

Menurut Fauzi, program tersebut sebenarnya sudah lama ditayangkan di kaca TV. Namun, ianya kembali hangat diperkatakan sehingga kecoh di Twitter.

Bagaimanapun, Fauzi serta Khair Rahman telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka melalui platfom media sosial masing-masing serta menghubungi pelakon wanita itu bagi menjernihkan keadaan.

Fauzi adakan live dengan Zed Zaidi di TikTok

Berhubung dengan kejadian itu,  Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi telah mengadakan sebuah siaran langsung bersama pelakon itu di aplikasi TikTok.

Menerusi hantaran Zed Zaidi di laman Instagramnya, siaran langsung yang berlangsung semalam itu bertujuan untuk membuka peluang untuk Fauzi memberikan penjelasan terhadap kontroversinya.

Malam ni (semalam) live di tiktok jam 11.30 malam penjelasan fauzi nawawi mengenai isu kontroversi mengenai dirinya bersama presiden seniman zed zaidi

Bagaimanapun, ketika siaran langsung itu berjalan, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi secara tiba-tiba meninggalkan live berkenaan semasa Zed sedang bertanyakan sesuatu.

Namun, timbul pula dakwaan daripada netizen selepas menganggap pelakon berusia 48 tahun itu dengan segaja meninggalkan live berkenaan bagi mengelak dari mengulas kontroversi tersebut.

Ingatkan sengaja tinggalkan live, rupa-rupanya dah kena banned

Berhubung dengan itu, pelakon tersebut hakikatnya bukanlah lari dari menjawab isu kontroversi itu sehingga nekad untuk menamatkan siaran langsung berkenaan.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama sunghoon.fantasy yang menjelaskan situasi sebenar bagi tidak mengelirukan keadaan.

Hakikatnya, mungkin ramai netizen yang tidak berpuas hati sehingga akaun TikTok miliknya telah dilaporkan oleh netizen sehingga kena banned.

https://www.tiktok.com/@sunghoon.fantasy/video/7021226427261521178?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7012846304082871809
Link TikTok

Zed Zaidi juga dilihat turut tidak berpuas hati terhadap sikap netizen yang nekad melaporkan akaun pelakon itu. Ia seakan-akan menutup peluangnya untuk memberikan penjelasan.

Namun, menerusi video tersebut juga, dia kemudiannya telah kembali semula ke siaran langsung itu dengan menggunakan akaun TikTok keduanya.

Kredit: TikTok sunghoon.fantasy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas