Connect with us

Oh! Media

Polis Panggil Pelawak, Shahrol Shiro Bagi Bantu Siasatan?

Oh! Artis

Polis Panggil Pelawak, Shahrol Shiro Bagi Bantu Siasatan?

Pelawak terkenal, Shahrol Shiro dipanggil pihak polis atas satu kesalahan yang berlaku di Kampung Masjid Lama, Kluang, Johor pada Sabtu lepas. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : “Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu Ha”- Shahrol Sedih Usaha Pelawak Tak Dihargai

Menurut laporan Harian Metro, Shahrol dipanggil berhubung satu video yang tular menunjukkan dia terlibat dengan pelanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat yang telahpun ditetapkan. 

Dalam video berkenaan, pelawak itu kelihatan sedang beramah mesra dan tidak mengamalkan penjarakan sosial dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak di sebuah kedai makan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng.

Polis mengesan sebuah video tular acara santai parti politik bersama masyarakat yang melanggar SOP Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada hari ini pada 3.45 petang.

Rakaman berdurasi 15 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Malaysia Negara Ku’ dan jelas memaparkan satu majlis membabitkan sebuah parti politik sedang berkumpul.

Semua pihak yang terlibat telahpun dikenalpasti dan dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang untuk siasatan lanjut.

Tak kira siapapun, SOP haruslah dipatuhi kerana ianya dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda ketika ini. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas