Connect with us

Oh! Media

“Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu Ha”- Shahrol Sedih Usaha Pelawak Tak Dihargai

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 14t141939664

Oh! Artis

“Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu Ha”- Shahrol Sedih Usaha Pelawak Tak Dihargai

Anggota kumpulan Taici, Chiwan meluahkan rasa kesal apabila persembahan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) Jumaat lalu tidak mendapat sebarang ‘Ha’ daripada juri. Tindakan itu menjadikan pertama kali dalam sejarah MLM peserta tidak mendapat ‘Ha’.

BACA: “Kualiti Sebuah Kritikan” – Shahrol Shiro Persoal Juri MLM2021, Banding Dengan Indonesia

Pelawak, Shahrol Shiro tampil memberi pandangan selepas menonton persembahan Taici pada malam itu. Menurut Shahrol, tindakan itu sangat tidak patut memandangkan terdapat sekurang-kurangnya 3 atau 4 punchline yang mengena.

IKLAN
Shahrol1

Timbul rasa sedih dan kasihannya kepada peserta mengenangkan usaha keras yang dilakukan mereka memerah idea.

Jelas Shahrol lagi, sekurangnya-kurangnya juri memberi satu ‘Ha’ sebagai tanda menghargai usaha mereka menghiburkan penonton.

Shahrol memohon juri menilai persembahan peserta dengan seadil-adilnya. Komen juri juga hendaklah disusuli dengan idea untuk memperbaiki persembahan.

Seperti mana luahannya sebelum ini, juri hendaklah memberitahu bahagian mana yang kurang bukan sekadar “Minggu ni kurang, i nak tengok yg lebih baik minggu depan”.

Hmm apa pendapat anda pula?

Kredit: Instagram Shahrol Shiro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas