Connect with us

Oh! Media

Pihak Berkuasa Buat Tuduhan Palsu Anak Positif Dadah? Shah Rukh Khan Bakal Saman Biro Kawalan Narkotik

shah rukh khan

Oh! Artis

Pihak Berkuasa Buat Tuduhan Palsu Anak Positif Dadah? Shah Rukh Khan Bakal Saman Biro Kawalan Narkotik

Nampaknya isu melibatkan pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan tentang kes anaknya, Aryan Khan masih belum ada kesudahan. Ini apabila Shah Rukh Khan dilaporkan akan membuat tindakan undang-undang terhadap Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang didakwa berlaku penyelewengan prosedur. Kesalahan pihak NCB ini telah membuatkan anaknya ditangkap sebab kes dadah.

ADVERTISEMENT

BACA: Aryan Khan Anak Kepada Shah Rukh Khan Ditahan Kerana Salah Guna Dadah

Dakwaan ini timbul selepas tiada bukti positif menunjukkan anaknya bersalah. Pihak mahkamah Tinggi Bombay sebelum ini turut membenarkan tertuduh diikat jamin.

Dinasihatkan untuk ambil tindakan undang-undang

Tindakan undang-undang ini ditujukan terhadap pengarah NCB iaitu, Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah persiaran.

Ini selepas Sameer telah membuat tuduhan secara palsu sehingga membuatkan remaja tersebut terpaksa tidur di dalam penjara Arthur Road semalam lebih 3 minggu. Ini telah membuatkan Aryan trauma dan masih menyepikan diri di dalam bilik.

Tambahan lagi, mahkamah turut menyatakan bahawa kenyataan pengakuan yang didakwa direkodkan oleh pegawai penasihat tidak sah dan NCB tidak boleh bergantung kepada mereka.

Terdahulu, tertuduh iaitu Aryan Khan, Arbaz Marchant dan Munmun telah ditangkap pada 3 Oktober oleh Biro Kawalan Narkotik. Ini selepas mereka melakukan serbuan di pelayaran Mumbai dan telah merampas bahan terlarang.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas