Connect with us

Oh! Media

Aryan Khan Anak Kepada Shah Rukh Khan Ditahan Kerana Salah Guna Dadah

Ohmedia shahrukhkhan

Oh! Artis

Aryan Khan Anak Kepada Shah Rukh Khan Ditahan Kerana Salah Guna Dadah

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon Bollywood popular dunia, Shah Rukh Khan yang pasti memberi kesan dalam setiap lakonannya. Shah Rukh Khan juga darang dikaitkan dengan isu-isu negatif kerana dia amat menjaga nama baiknya. Namun siapa sangka namanya yang hebat sedikit tercalar hanya disebabkan perbuatan anaknya.

Portal tempatan India, News18 ada melaporkan Aryan Khan, anak kepada Shah Rukh Khan telah ditahan pihak polis dalam serbuan penyitaan dadah. Serbuan ini dilakukan oleh pihak Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Aryan dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan selepas beberapa bukti menunjukkan dia terlibat. Setakat ini pihak polis sedang mengesan perbualan WhatsApp Aryan dan dia boleh didakwa di bawah Akta Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985, sekiranya NCB menemui kaitan antaranya dan sitaan dadah tersebut.

IKLAN
927723 gaurikhan lockdownfamily

Mereka melakukan serbuan ke atas kapal Codelia yang menuju ke Goa pada 2 Oktober 2021. Suspek yang diperiksan mempunyai pelbagai jenis dadah seperti MDMA, Ecstasy, Cocaine, Mephedrone dan banyak lagi. – Kata pegawai NCB Mumbai.

Hasil siasatan juga mendapati kapal persiaran itu dijadikan tempat untuk berpesta dan peserta perlu membayar Rs1 lakh atau RM5,636 untuk naik ke atas kapal.’

Setakat ini masih belum ada sebarang maklumbalas dari Shah Rukh Khan mengenai kes yang melibatkan anaknya.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas