Connect with us

Oh! Media

Sharnaaz Ahmad

Oh! Artis

“Perempuan Lain Kau Nak Marah Boleh, Tapi Nabila Kau Tak Boleh” – Sharnaaz Ahmad Buat Pendedahan Terbaru?

Nama pelakon, Sharnaaz Ahmad hangat diperkatakan di media sosial selepas hubungan cintanya dengan Amelia Christie didakwa sudah berakhir.

BACA“Saya Rasa Korang Salah Faham Ni” – Sharnaaz Ahmad Tampil Perjelas Isu Hubungannya Dengan Amelia Christie?

IKLAN

Kita tukar sikit topik kali ini! Rasanya ramai tahu yang Sharnaaz dan bekas isterinya, Noor Nabila masih lagi berhubung dan dalam hubungan yang baik.

Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, Sharnaaz berkata mana-mana wanita yang mahu berkenalan dengannya patut rasa cemburu sekiranya dia rapat dengan wanita lain tapi mereka tak dibenarkan rasa cemburu dan marah dengan Nabila. Haa, kenapa tu?

Benda ini saya dah pernah cakap dekat sesiapa pun yang ingin berkawan dengan saya bahawa manusia yang mereka tidak boleh cemburu adalah Nabila.

Itu adalah perkara pertama yang saya akan pesan. Kepada Amelia dan mana-mana GF saya yang sebelum ini pun, itulah pesanan saya kepada mereka.

Perempuan lain kalau diorang nak marah boleh, ikan di laut sekali pun boleh tetapi kalau Nabila mereka tak boleh marah.

Pelakon itu juga berkata yang walaupun sudah bercerai, tapi Nabila tetap ibu kepada Jebat Jeyden yang selalu berhubung dengannya.

Sebab dia adalah ibu kepada anak saya. Jadi, kalau saya selalu berjumpa, bercakap atau bermesej sekalipun dengan Nabila, tak boleh cemburu.

Kalau cemburu dan kalau tak percaya boleh mesej dia sendiri, saya okay ‘no problem’.

Kalau mereka cemburu saya dengan Nabila, bermaksud mereka ada masalah saya menguruskan anak saya.

Setakat ini, Alhamdulillah tak ada lagi yang berani bagitahu saya yang mereka cemburu.

Apapun, semoga yang baik-baik saja buat Sharnaaz sekeluarga. 

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas