Connect with us

Oh! Media

“Perempuan Kalau Marah Memang Begitu” – Datuk Red Dedah Sesuatu Mengenai Isu Tuntutan Cerai Adira Suhaimi

Adira suhaimi datuk red ohmedia

Oh! Artis

“Perempuan Kalau Marah Memang Begitu” – Datuk Red Dedah Sesuatu Mengenai Isu Tuntutan Cerai Adira Suhaimi

Penyanyi, Adira Suhaimi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada jam 9 pagi tadi bagi mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JPK) berhubung kes tuntutan cerai teradap suaminya, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

BACA“Saya Minta Maaf Sangat-Sangat” – Adira Suhaimi Buka Mulut Isu Penceraian Dan Minta Beri Dirinya Ruang

Menurut laporan Oh! Bulan, Adira berkata yang dia telah bernekad untuk berpisah dengan suaminya itu dan harap urusan ini dapat diselesaikan dengan cepat.

IKLAN

Semoga yang baik-baik saja, dan dapat selesai dengan cepat.

Datuk Red pula berkata yang dia harap rumah tangganya dapat diselamatkan selain mendedahkan yang dia sudah berusaha untuk pujuk Adira tapi tak berhasil.

Suami kepada Adira itu juga berkata dia masih sayang dan ingin mempertahankan rumah tangganya itu demi anak-anak tapi Adira masih berkeras untuk berpindah.

Saya kahwin lapan tahun lepas bukan untuk bercerai. Orang lain boleh cakap apa mereka boleh cakap kerana mereka tidak lalui.   

Semua fikir pengorbanan yang saya buat bukan untuk saya, tetapi untuk anak-anak. Saya berkorban semua ini untuk mereka.   Pujuk memujuk memang ada, tetapi perempuan kalau marah memang begitu. 

Saya dah habis berusaha memujuk. Mungkin ini bukan dugaan tetapi balasan atas apa yang pernah saya lakukan dahulu.   

Jika ditakdirkan begitu, saya terima sahaja. Tetapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang yang terbaik untuk keluarga.

Apapun, kita doakan semoga yang baik-baik saja buat mereka berdua. 

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas