Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Popular Bongkar Perangai Bapa Menipu Duit Orang, Anak Kena Tanggung Beban

Oh! Artis

Penyanyi Popular Bongkar Perangai Bapa Menipu Duit Orang, Anak Kena Tanggung Beban

Penyanyi popular, Ben Ladin menerusi hantaran di Instagram membuat pendedahan mengejutkan mengenai ibu bapanya yang didakwa kaki ‘scam‘.

Dakwa Ben, bapanya menipu wang orang ramai sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Lebih mengejutkan, bapa dikatakan menggunakan kad pengenalan Ben dan meniru tanda tangan untuk meyakinkan mangsa.

IKLAN

Tak tahan asyik dikejar mangsa, minta duit

ben ladin

Difahamkan, penyanyi ini terpaksa membuat pendedahan kerana tidak tahan asyik dikejar mangsa yang menuntut wang daripadanya.

Jujur Ben cakap Ben sangat penat dengan semua ni. Jangan kata setiap bulan, hampir setiap hari dapat cerita mangsa baru nak dapatkan duit.

Ben mohon bapa serah diri, ganti wang mangsa

ben ladin

Menurut Ben, bapanya telah mempergunakan namanya dan dipercayai menipu ramai pihak kononnya bagi tujuan projek atau pelaburan.

Ben merayu ibu bapanya menyerah diri serta menggantikan semua duit yang telah diambil daripada mangsa.

Jadi kepada tuan, tolong la papa mama serah diri kepada mangsa, ganti duit-duit mangsa. Jangan play victim.

Ben juga meluahkan rasa kecewa kerana sejak kecil dia sering tertanya-tanya tentang keadaan sebenar keluarganya dan kini semuanya terbongkar.

Dia juga menegaskan bahawa walaupun individu itu adalah ibu bapanya, jika salah tetap salah.

Dalam masa sama, dia memohon maaf kepada semua mangsa kerana tidak mampu membantu lebih daripada apa yang dilakukan sekarang.

Malah katanya, jumlah kerugian yang dilaporkan oleh mangsa sangat besar.

Ben juga percaya, jika tiada tindakan diambil, lebih ramai lagi akan menjadi mangsa selepas ini. Jadi dia berharap dengan pendedahan ini, orang ramai berhenti berurusan dengan individu tersebut.

Pssttt! Tindakan Benladin yang berani tampil dedah isu keluarga demi lindungi orang lain patut dijadikan contoh. Semoga pihak berkuasa ambil tindakan segera supaya tak ada lagi mangsa baru terpedaya.

Kredit: Instagram mohd_benladin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas