Connect with us

Oh! Media

penyanyi

Oh! Artis

Penyanyi Kantoi Langgan P*lacur Lapor Polis, Dakwa Bekas Isteri Buka Telefon Tanpa Izin

Penyanyi popular dari Indonesia, Virgoun membuat laporan polis mendakwa bekas isterinya, Inara Rusli mengakses telefon tanpa izin ketika mereka masih bergelar suami isteri.

BACA: Isteri Dedah Penyanyi Popular Kerap Langgan P*lacur, Curang Sejak 2 Tahun Lalu

IKLAN

Bertindak di atas laporan, pihak polis telah memanggil Inara untuk pemeriksaan lanjut. Sejurus memberi keterangan kepada polis, Inara dilihat menangis meluahkan rasa kecewa dengan Virgoun yang masih berdendam dan nekad mahu dia masuk penjara walaupun dah bercerai.

penyanyi

Saya tak tahu kenapa dia macam ni. Sepatutnya dia sebagai bapa bijak dan dia harus tahu yang saya ini ibu kepada anak-anaknya. Apa yang dia buat ni satu contoh yang tak baik, apa lagi sengaja menyulitkan urusan saya.

Kata Inara, dia dan Virgoun ada bertemu untuk berdamai tetapi bekas suaminya enggan menarik semula kes.

Konflik rumah tangga pasangan ini mula diperkatakan selepas Inara mendedahkan penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla melakukan perkara terkutuk iaitu melanggan pelacur sehingga habis RM59,000.

penyanyi virgoun

Inara juga mendedahkan Virgoun menggunakan kuasa sebagai suami memaksanya untuk bersama pada siang hari di bulan Ramadan.

Demi kepuasan diri, Virgoun juga didapati meminta isteri kekal ramping selepas bersalin tiga orang anak dengan cara menyuntik ubat sehingga ada kesan-kesan lebam.

Selepas melalui proses mahkamah yang panjang, Inara akhirnya sah bercerai dengan Virgoun. Tetapi nampaknya konflik masih berterusan apabila Virgoun didakwa liat membayar nafkah anak-anak.

Kredit: Detik Bali

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas