
Oh! Artis
Penyanyi ‘Bukan Superman’ Dapat Izin Abang Kahwin Dulu
Oleh
Siapa tidak kenal anak-anak penyanyi terkenal dari Indonesia, Ahmad Dhani, iaitu Al ghazali, Dul Jaelani dan juga El Rumi. Mereka ini dulu dikenali sebagai kumpulan The Lucky Laki dengan lagu popular, Bukan Superman.
BACA: Mulan Jameela Bantu Ahmad Dhani, Sara 6 Janda Mangsa Kemalangan Anaknya
Baru-baru ini, menerusi laman web Liputan16, Al Ghazali, anak sulung Ahmad Dhani telah memberi keizinan jika adiknya, Dul mahu nikah dahulu daripanya.
Bersama Tissa Biani

Hubungan Dul Jaelani bersama Tissa Biani kini sudah semakin serius dan mahu ke langkah yang lebih baik, iaitu bernikah. Dul merupakan anak kedua Ahmad Dhani dan dia ada bertanya kepada abangnya, Al Ghazali bagaimana jika dia mahu bernikah terlebih dahulu daripada abangnya?
Ya… Dul ada meminta izin untuk bernikah terlebih dahulu. Saya tak kisah, asalkan dia bahagia. Kenapa saya nak larang?
Cuma sekarang ini dia masih fokus kepada kerjaya. Lagipun hubungan cinta mereka masih baru dan perlu saling mengenali. Dul tidak tahu bila nikahnya, yang pasti bukan sekarang. -Al Ghazali
Jelas Al Ghazali, Dul Jaelani tidak akan bernikah pada waktu terdekat kerana hubungannya bersama Tissa Biani masih baru.
Sama-sama kita nantikan berita mereka pada waktu akan datang. Mana tahu jodoh Al Ghazali yang akan sampai dulu sebelum Dul Jaelani? Nantikan. Sementara itu, jom kita layan lagu Superman ni!
