Connect with us

Oh! Media

Mulan Jameela Bantu Ahmad Dhani, Sara 6 Janda Mangsa Kemalangan Anaknya

Ahmad Dhani

Oh! Artis

Mulan Jameela Bantu Ahmad Dhani, Sara 6 Janda Mangsa Kemalangan Anaknya

Ahmad Dhani sebelum ini telah berjanji untuk menyara hidup 6 orang janda yang kematian suami akibat dari kesilapan anak lelakinya, Dul Jaelani pada tahun 2013.

ADVERTISEMENT

BACA: Ahmad Dhani Akan Diasingkan Sel Jauh Dari Banduan Merokok

Sejak berlakunya wabak Covid-19, kita semua terkesan dengan masalah ekonomi dan Ahmad Dhani tidak lari daripada terkena tempias kesusahan dari segi wang ringgit. Banyak yang Ahmad Dhani lakukan demi memenuhi janjinya untuk membiayai para janda kematian suami itu.

Tanggungjawab suaminya

Menurut Mulan Jameela, ini sudah menjadi kewajipan bagi suaminya, untuk menjalankan tanggungjawab itu bagi menyara para janda yang telah kematian suami. Mulan tidak menafikan bahawa mereka juga mempunyai masalah ekonomi tetapi itu tidak menjadi asbab buat suaminya tidak meneruskan tanggungjawab yang digalas sejak tahun 2013.

Mas Dhani mempunyai kewajipan yang harus dijanjikan, jadi sebagai isteri saya harus sentiasa menyokong dan mendoakannya.

Mulan Jameela memberi sokongan

Mulan Jameela bukan sahaja memberi sokongan moral, bahkan dia sama-sama membantu membiayai keperluan para janda mangsa kemalangan itu. Mulan menjelaskan bahawa dia tidak mahu suaminya menanggung tanggungjawab ini seorang diri, jadi dia turut sama-sama membantu untuk meringankan beban suaminya.

Besar sungguh pengorbanan seorang isteri. Kita perlu sama-sama contohi sikap Mulan Jameela yang sentiasa menyokong dan membantu suaminya.

Kredit: Liputan6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas