Connect with us

Oh! Media

Penyampai Berita Dikecam Pakai ‘Seluar Adik’ Ketika Karaoke Dengan Peminat, Hawa Rizwana Kata Memang Dia Macam Tu

Ohmedia hawa

Oh! Artis

Penyampai Berita Dikecam Pakai ‘Seluar Adik’ Ketika Karaoke Dengan Peminat, Hawa Rizwana Kata Memang Dia Macam Tu

Penyampai berita dan pengacara terkenal Hawa Rizwana dikecam netizen akibat penampilannya ketika acara karaoke bersama peminat.

Menurut laporan mStar, Hawa, 27, berterima kasih dengan perhatian yang diberikan serta mengambil iktibar dengan teguran yang diberi.

Hawa berkata bahawa penampilannya di dalam video tersebut merupakan gaya kasual yang selalu dipakai apabila keluar dan tidak marah dengan komen-komen yang diberi.

IKLAN
Image 14

Selain itu, dia juga memohon maaf jika video berkenaan menyinggung mana-mana pihak serta menerangkan sebagai manusia biasa dia juga mempunyai hobi.

Menerusi video itu, netizen bukan sahaja mengecam penampilannya tetapi aktiviti karaoke yang dilakukan oleh Hawa juga dikritik.

Apa yang penting bagi Hawa ialah perkongsian itu tidaklah keterlaluan dan dia tidak pernah melupakan pesan ibu bapanya bahawa setiap perkara ada batasannya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas