Connect with us

Oh! Media

Pengganti Janna Nick Dan Diana Danielle, Nad Zainal Tak Kisah Bukan Pilihan Asal Untuk ‘Takdir Yang Tertulis’

nad zainal

Oh! Artis

Pengganti Janna Nick Dan Diana Danielle, Nad Zainal Tak Kisah Bukan Pilihan Asal Untuk ‘Takdir Yang Tertulis’

Dengan populariti yang tidak disangka-sangka kini, pasti ramai yang terkejut kalau mengetahui bahawa watak Juweta dan Ruhila dalam drama ‘Takdir Yang Tertulis’ bukanlah milik asal pelakon Nad Zainal dan Elvina Mohamad.

ADVERTISEMENT

Mendedahkan hal tersebut baru-baru ini, walaubagaimanapun Nad Zainal tidak ralat meskipun menjadi pilihan terakhir untuk menghidupkan watak utama itu.

Jelas Nad lagi, dia yakin bahawa itu adalah rezeki yang sudah tertulis buatnya.

“Saya dan Elvina bukanlah pilihan pertama, kami adalah pilihan terakhir. Nak dijadikan cerita, saya ini kira pengganti Janna Nick dan Diana Danielle. Saya pun fikir banyak kali, sebab cerita ini sama dengan Hati Yang Tersakiti. Saya tak nak ada pengulangan.”

nad zainal

Bahkan pelakon wanita ini turut gementar kerana menjadi pilihan terakhir memandangkan dia yakin pengarah sudah pasti mempunyai bayangan bagaimana watak ini harus dibawa.

Malah Nad tidak segan untuk berkongsi cerita mengenai perjalanan karier seninya sebelum ini. Katanya, dia sepatutnya membawa watak Juita dalam drama ‘Nur 2’ namun tidak kesampaian memandangkan ada pihak yang bersetuju dengan pemilihannya.

“Bercakap mengenai drama Nur 2, watak Juita saya menjadi pilihan pertama untuk watak itu. Tapi ada alasan tertentu kenapa watak itu tak diberikan kepada saya. Saya pun okay saja. Sebab masa awalnya, mereka suka keserasian saya dengan Syafiq Klyle dalam ceria Syirik. Jadi mereka cadangkan saya untuk watak itu.”

nad zainal

Pun begitu, Nad menganggap ia adalah ketentuan Allah memandangkan dia tidak menjadi ‘Juita’ dalam drama tersebut namun berkesempatan menjadi ‘Juweta’ di dalam drama “Takdir Yang Tertulis’ ini.

“Tak kisahlah pilihan pertama, terakhir rezeki atau saat akhir kena tolak, kita kena ‘move on’ dan jangan rasa terguris atau tersinggung dengan pendatang baru. Kena buat sehabis baik saja. Kalau orang sudah bagi, bermaksud rezeki anda. Jangan fikir nak buat ala kadar saja.”

Menutup bicaranya, Nad mengakui bahawa kadang kala perit apabila ditolak meskipun sudah melakukan yang terbaik. Jadi, pengajaran buatnya adalah untuk sentiasa percaya pada rezeki.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas