Connect with us

Oh! Media

Pengarah Cerita Sikap Sebenar Sophia Al Barakbah Dan Aliff Aziz Ketika Penggambaran

sophia al barakbah

Oh! Artis

Pengarah Cerita Sikap Sebenar Sophia Al Barakbah Dan Aliff Aziz Ketika Penggambaran

Kesian pelakon, Sophia Al Barakbah yang dikecam bertalu-talu dengan netizen sekarang ni. Ini semua berpunca selepas isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mendedahkan ada pelakon mengaku tersuka dengan suaminya ketika bergandingan bersama.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Boleh Kawal Nafsu, Menyundal Kat Set”, -Nabila Huda Bengang Heroin Drama Tersuka Suami Orang

sophia al barakbah

Sejak itu, netizen membuat andaian dan menyerang Sophia kerana bergandingan dengan Aliff dalam drama, ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ arahan Osman Ali.

Dalam pada itu, pengarah drama ini memaklumkan dia tidak mengetahui apa-apa hubungan yang berlaku antara dua pelakon utamanya itu.

Alif Aziz dan Sophia hanya bekerja secara profesional…

Memetik laporan Kosmo Online, Osman melihat Sophia dan Aliff berjaya membawa watak sebagai pasangan kekasih dengan profesional.

Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi satahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan.

Apa yang saya lihat, Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran.

Tentang dakwaan Bella Astillah pula, Osman tidak tahu pelakon wanita mana yang dimaksudkan dan tidak mahu menuduh sembarangan kerana takut jadi fitnah.

Kalau berlakon bercinta kena betul-betul bercinta…

Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri.

Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasan suka itu tidak perlu di bawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja.

Apapun, kita sebagai orang luar, tidak sepatutnya kita menuduh sesiapa tentang apa yang didedahkan Bella Astillah. Jika selepas ini Bella ada mendedahkan nama sesiapa, barulah ia sah tapi buat masa ini tiada.

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas