Connect with us

Oh! Media

Penampilan Terbaru Laudya Cynthia Bella Lepas Tinggalkan Dunia Seni Undang Perhatian Ramai

Ohmedia laudya Cynthia Bella

Oh! Artis

Penampilan Terbaru Laudya Cynthia Bella Lepas Tinggalkan Dunia Seni Undang Perhatian Ramai

Aktres popular dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella menjadi bualan ramai selepas akaun Instagramnya yang mempunyai lebih 37 juta pengikut kini dikendalikan oleh admin.

Selebriti ini dikhabarkan akan meninggalkan dunia seni dan tidak lagi muncul di media sosial atau mana-mana acara.

Sudah berpurdah?

Memetik laporan Insert Live, Laudya juga dikhabarkan sudah berpurdah dan imej tersebut turut disaksikan seorang netizen ketika menghadiri sebuah majlis.

IKLAN
Laudya Cynthia Bella

Meninjau ke Instagram, Laudya didapati sudah memadam gambar dan video yang memaparkan wajahnya di akaun terbabit.

Perkongsian yang tinggal adalah mengenai perniagaan dan kolaborasi dengan jenama-jenama yang lain.

Laudya Cynthia

Sebelum ini, Laudya Cynthia Bella memutuskan untuk berhijab pada tahun 2015. Keputusan ini diambil selepas Bella melaksanakan ibadah umrah bersama kakaknya.

Pada awalnya, dia ragu-ragu untuk berhijab kerana banyak kontrak kerja yang memerlukan Bella tampil tanpa hijab. Namun, hatinya akhirnya bulat untuk berhijab selepas mendengar nasihat daripada seorang ustaz.

#OhmediaNasihat

Perubahan hidup Laudya Cynthia Bella ini boleh menjadi inspirasi buat kita semua. Dalam mencari ketenangan dan kepuasan, kadang-kala keputusan untuk lebih mendekati agama dapat memberi kesan mendalam dalam hidup kita. Jika kita rasa perlu berubah, tak salah untuk ambil langkah berani demi kebahagiaan dan ketenangan diri.

Ohmedia laudya Cynthia Bella

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Insert Live


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas