Connect with us

Oh! Media

laudya cynthia bella

Oh! Artis

Berita Pernikahan Laudya Cynthia Bella Bersama Ustaz Nuzul Dzikri Sebagai Isteri Ketiga Akhirnya Terjawab

Kecoh di laman media sosial mengatakan bekas isteri Engku Emran iaitu pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella sudah bernikah dengan seorang pendakwah terkenal.

Khabar angin tersebut lebih ‘panas’ selepas Bella didakwa menjadi isteri ketiga pendakwah tersebut. Majlis pernikahan itu juga didakwa dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

IKLAN

Ahli keluarga Bella jelaskan dakwaan pernikahan itu tidak benar…

BACA: Bekas Isteri Engku Emran Didakwa Sudah Bernikah Dengan Pendakwah Terkenal Sebagai Isteri Ketiga

Sedar tentang penyebaran khabar angin tersebut, salah seorang ahli keluarga Bella tampil menafikannya.

Bismillah… Saya ingin meluruskan bahawa berita pernikahan Ustaz Nuzul Dzikri dan Laudya Cynthia Bella tidak benar. Ini jelas kesalahan kami kerana terlalu cepat menyebarkan berita hanya dengan melihat beberapa posting

Wanita yang bernama Kaditha itu berkata berita yang disebarkan palsu semata-mata dan tidak benar.

Saya cakap perkara ini dengan Bella, Bella sedih, maksudnya sedih kerana tidak sesuai kenyataan seperti itu. “Sumpah, saya tak habis fikir. Saya telefon Bella dan dia bilang ‘pahala buat saya’,

Kata individu terbabit, posting terdahulu yang berkaitan dengan isu pernikahan ini telah dipadam dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkannya lagi serta memohon maaf atas kekhilafan yang dibuat.

laudya cynthia bella

Jap!


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas