Connect with us

Oh! Media

“Rindu Iqmal Yang Dulu”, Respons Bapa Da’i Syed Mengejutkan Netizen

Trending

“Rindu Iqmal Yang Dulu”, Respons Bapa Da’i Syed Mengejutkan Netizen

Masih lagi hangat cerita tentang Da’i Syed yang kononnya telah ‘menggangu’ beberapa orang gadis selepas seorang pengguna Twitter mula ‘buka cerita’ tentang beliau. Da’i Syed telah pun buat laporan polis dan mendakwa hal tersebut adalah tidak benar sama sekali.

ADVERTISEMENT

BACA : “Maaf, Tiada Komen Apa-Apa Dari Saya”, Da’i Syed Dituduh Rogol Gadis

Para netizen pun ramai yang masih berteka-teki tentang kesahihan hal terbabit. Bahkan ada yang sanggup direct message bapa Da’i Syed sendiri, Seif Jamalullail untuk bertanyakan isu ini. Tapi, respons dari beliau sangat mengejutkan ramai pihak!

Menerusi postingnya di Facebook, beliau akui telah mendidik Da’i Syed dengan ajaran agama serta telah usaha untuk beri nasihat pada Syed. Namun, pesanannya itu sudah 2 tahun dibiarkan tanpa sebarang reply dari Syed sendiri. Letih dengan hal tersebut, Seif Jamalullail hanya serahkan pada Allah untuk beri teguran pada Syed dan kembalikan anaknya ke jalan yang benar dan diredai.

“Saya lebih rela dia diadili di dunia daripada dihadap di akhirat di hadapan Qadhi Rabbul Jalil.” – katanya.

Tambahnya, isu yang baru viral ni sebenarnya dah lama berlaku tapi sekarang makin menjadi-jadi pula hinggakan ahli keluarga yang lain turut kena tempias. Adik-adik Syed sendiri stress sebab selalu diperli dan diejek oleh rakan-rakan sekolah mereka.

Sabda Nabi, “Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya” – hadis yang turut disertakan oleh Seif Jamalullail dalam postingnya.

Beliau sempat tinggalkan pesan supaya berhati-hati jika berurusan dengan Da’i Syed lagi-lagi kaum wanita. Beliau juga mohon mangsa yang diganggu oleh Syed untuk pergi buat laporan polis. Jika benar Syed bersalah, beliau jamin yang beliau tak akan pertahankan ataupun menyebelahi anaknya sendiri.

Lebih mengharukan, beliau tinggalkan pesan pada Da’i Syed sendiri secara terbuka supaya tinggalkan dunia selebriti dan kembali ke jalan yang benar. Beliau juga minta Syed supaya tidak gunakan agama untuk membela dirinya andai betul dia bersalah.

“Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu.” – tambahnya.

Ramai netizen yang memuji bapa Da’i Syed sebagai seorang ayah yang matang dan perlu dicontohi oleh bapa lain di luar sana. Yelah, anak dah buat salah, selalunya ayah lah orang yang paling lantang untuk back up anak. Tapi bagi Seif Jamalullail, itu bukan alasan untuk menidakkan kesilapan yang telah dilakukan oleh anak sendiri. Apapun, kami doakan apa jua masalah yang menimpa keluarga Da’i Syed akan dipermudahkan kelak. Mesti ada hikmah kenapa semua ni berlaku.

Kredit: Facebook Seif Jamalullail

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas