
Oh! Artis
Peminat Fanatik Ugut Bunuh Diri Lepas Tengok Baby Shima Beraksi Mesra Dalam MV
Baby Shima didakwa terima ugutan bunuh diri dari peminat fanatik gara-gara muzik video Island Boi.
Bila sebut pasal Baby Shima, memang tak pernah sunyi dengan kontroversi. Terbaru, penyanyi ini sekali lagi jadi bualan hangat bila ada seorang peminat fanatik bertindak luar kawalan hanya kerana tak sanggup tengok Shima beraksi mesra dengan model dalam muzik video terbarunya, Island Boi.
Lebih mengejutkan, lelaki tersebut siap mengugut nak bunuh diri kalau Shima tak turunkan video berkenaan. Seram weh!
Peminat spam komen ugut bunuh diri dekat Baby Shima…

Menerusi Instagram, Shima berkongsi bagaimana peminat itu tak henti-henti spam komen sejak semalam.
Abang bawa mengucap, dari semalam abang spam komen cakap nak bunuh diri. Kenapa nak cemburu pula aksi saya dalam music video saya sendiri.- Tulis Shima.
Katanya lagi, dia sendiri tak faham kenapa peminat itu sampai tahap sanggup mengugut nyawa sendiri hanya kerana sebuah muzik video.
Baby Shima tak sanggup buang video Island Boi…

Dalam pada itu, Shima menegaskan dia takkan padam MV berkenaan walaupun diganggu dengan ugutan tersebut. Alasannya mudah, kos yang dikeluarkan bukan sikit weh!
Takkan lah saya nak suruh YouTube tolong hapuskan music video Island Boi tu pula. Penat saya shooting, panggil model mat salih import pula tu, besar bajet oi.- Katanya.
Lebih membimbangkan, peminat fanatik itu turut mengaku sudah sediakan racun sebagai bukti yang dia benar-benar serius dengan ugutannya. Malah, dia beri tempoh tiga hari kepada Shima untuk turunkan MV tersebut.
Kalau tak, katanya, dia betul-betul akan cabut nyawa sendiri kerana terlalu cemburu dengan aksi mesra Shima bersama lelaki mat salih itu.
Pssttt! Korang, obses dan cinta berlebihan ni memang bahaya kalau tak dikawal. Minat tu tak salah, tapi jangan sampai rosakkan hidup sendiri apatah lagi ugut nak bunuh diri hanya sebab cemburu dengan artis pujaan. Hidup ni banyak lagi benda bermakna, jangan gadai nyawa hanya kerana perasaan sementara.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
