Connect with us

Oh! Media

Pelakon Popular Tahun 90-an Tayang Foto Nampak Pungg*ng, Netizen Suruh Berubah

Pelakon popular 90-an

Oh! Artis

Pelakon Popular Tahun 90-an Tayang Foto Nampak Pungg*ng, Netizen Suruh Berubah

Jika anda lahir pada tahun 90-an, pasti anda tahu penyanyi dan pelakon wanita ini yang aktif berlakon filem suatu ketika dahulu.

ADVERTISEMENT

Ketika tahun 2000-an, Jeslina Hashim antara pelakon yang dikenali dan popular malah dia juga terkenal dengan lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia.

Selain itu, Jeslina yang mesra disapa Jes dikenali menerusi lakonannya dalam filem Seri Dewi Malam dan Idola. Ala, filem Diana Danielle berlakon masa kecil tu.

Entah kenapa selepas berlakon dalam beberapa filem, Jes menyepi dan sudah tidak aktif lagi dalam bidang hiburan.

Sejak itu, namanya jarang didengari dan disebut oleh media. Tetapi sebenarnya, dia bahagia hidup bersama suami dan dua anaknya yang sudah meningkat remaja.

Namun, tiba-tiba Jes meraih perhatian pengguna media sosial selepas memuat naik sekeping gambar di Instagram ketika percutiannya di Bali baru-baru ini.

Menerusi gambar itu, Jes menggayakan gaun berwarna putih dan sedang duduk di atas kapal, melihat pemandangan laut.

Gambar tersebut bukan sahaja menampakkan bahagian bahu dan kaki Jes, malah hampir mendedahkan seluruh bahagian punggung pelakon berusia 44 tahun itu.

Beberapa netizen dilihat menegur dan berkata penampilannya terlalu seksi malah ada seorang individu sempat menasihatinya untuk berubah memandangkan Jes kini sudah berusia.

Sepatutnya makin tua makin sedar diri… Banyakkan amalan.”

Menerusi komen di sebuah forum, seorang netizen berkata Jes memang berpakaian sebegitu sejak dari dulu. Tetapi rata-ratanya mengutuk penampilannya kerana tidak seiring dengan usia dan statusnya sebagai seorang ibu.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas