Connect with us

Oh! Media

menyamar polis

Oh! Artis

Pelakon Lelaki Terkenal Direman 3 Hari, ‘Belasah’ Penduduk Kondominium

Seorang pelakon lelaki terkenal disyaki menumbuk dan menendang seorang lelaki telah ditahan reman bermula hari ini selama tiga hari. Korang rasa siapa dia ni?

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur kelmarin dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji.

IKLAN

Pada awalnya, mangsa dilaporkan minta tolong rakannya untuk membeli minyak masak di luar kawasan kediaman itu.

Ketika rakan mangsa hendak menghantar minyak masak yang dipesan, dia bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada mangsa.

Perkara itu membuatkan mangsa turun ke kawasan lif kondominium untuk mengetahui punca rakannya tidak dibenarkan masuk.

Kita percaya ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.

Suspek dikatakan telah menumbuk dan menedang mangsa di bahagian muka, dada serta perut dan belakang badan. Bukan tu jer, artis itu juga turut mengugut untuk membunuhnya. Takkan sebab tu je?

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan pada malam semalam, suspek telah diberkas Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas