Connect with us

Oh! Media

Pelakon Lelaki Popular Didakwa Kes Tumbuk Dan Tendang Individu Pagi Ini

ohmedia menyamar polis

Oh! Artis

Pelakon Lelaki Popular Didakwa Kes Tumbuk Dan Tendang Individu Pagi Ini

Seorang pelakon lelaki popular berusia 38 tahun dihadapkan ke mahkamah pagi ini atas tuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominuim di Segambut seperti yang tular sebelum ini. Korang mesti dah tahu kan siapa?

BACA : Pelakon Lelaki Terkenal Direman 3 Hari, ‘Belasah’ Penduduk Kondominium

Menurut laporan Astro Awani, pelakon berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

IKLAN

Pada awalnya, mangsa minta tolong rakannya untuk membeli minyak masak di luar sebelum pengawal keselamatan di sana tidak membenarkan mangsa memasuki kawasan itu.

Perkara itu membuatkan mangsa turun ke kawasan lif kondominium untuk mengetahui punca rakannya tidak dibenarkan masuk.

Ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.

Dia kemudian direman selama tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk tujuan pertuduhan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas