Connect with us

Oh! Media

Pelakon Drama Lelaki Dan 3 Rakan Berdepan Hukuman Gantung

pelakon lelaki ganja ohmedia

Oh! Artis

Pelakon Drama Lelaki Dan 3 Rakan Berdepan Hukuman Gantung

Seorang pelakon drama lelaki, Said Muhammad Ismail Said Parkir dilaporkan bakal berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didapati mengedar dadah jenis ganja.

Said berdepan hukuman itu bersama tiga orang rakannya yang dikenali sebagai H S Sarvinder Singh, 23, Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30, dan Delson Dean Samson Akmal, 26.

BACA: Bekas Diplomat Berusia 78 Tahun Ditahan Miliki Lebih 100 Pokok Ganja Hidup Di Perkarangan Rumah

IKLAN

Mahkamah Majistret menetapkan 31 Mac ini bagi mengetahui laporan kimia terhadap pertuduhan tersebut dan setakat ini tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan kerana kes membabitkan hukuman mati berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

image 79

Sebelum ini, tertuduh dipercayai telah mengedar ganja seberat 494 gram di Jalan Klang Lama, Brickfields di sini, jam 9.34 malam pada 3 Januari lalu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pelakon drama lelaki dan rakan bakal berdepan hukuman mati atau sebatan atau penjara seumur hidup..

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman mati atau dikenakan sebatan minimum sembilan kali dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pelakon berusia 29 tahun itu difahamkan mempunyai perniagaan kedai vape sementara Savinder Singh dan Delson Dean pula bekerja di kedai tersebut manakala Muhammad Amir Hafiz merupakan penjual burger.

Mereka tertangkap selepas didapati menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau vape dalam satu serbuan.

image 80

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas