Connect with us

Oh! Media

Pelakon Dedah Pernah Ditawar Buat Tarian Tiang Dengan Bayaran Tinggi

tarian tiang

Oh! Artis

Pelakon Dedah Pernah Ditawar Buat Tarian Tiang Dengan Bayaran Tinggi

Tipulah kalau korang kata tak kenal dengan Dragon dalam filem KL Gangster ni. Kah! Apapun siapa sangka, palakon Adam Corrie dahulu merupakan seorang penari profesional.

ADVERTISEMENT

Perkara itu kembali menarik perhatian netizen apabila Adam berkongsi video dirinya menjadi backup dancer sewaktu persembahan penyanyi, Ziana Zain dengan lagu berjudul ‘Madah Berhelah’ ketika AJL 1992.

Ambil keputusan berhenti terus dunia tarian..

Bagaimanapun, Adam Corrie Lee Abdullah mendedahkan antara punca dia berhenti untuk menjadi penari dan mengajar tarian adalah bila ditawar membuat persembahan tarian tiang dengan bayaran lumayan.

Dulu saya pernah dapat tawaran buat persembahan. Saya tanya itu persembahan apa? Dia kata persembahan tarian tiang dan tawaran itu memang sangat-sangat lumayan.

Ketika itu saya sudah memeluk Islam dan rasa was-was. Saya pun rujuk kepada ustaz dan dia kata kalau boleh elakkan sebab tak berkat. Saya hubungi semula orang itu dan saya tolak tawaran itu

Adam mengakui keputusan berhenti dalam seni tarian adalah tepat dan hanya teruskan bakatnya dalam lakonan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas