Connect with us

Oh! Media

Risau Isteri Buka Semula, Pekin Nasihat Mona Allen Tak Umum Bertudung Di Media Sosial

Oh! Artis

Risau Isteri Buka Semula, Pekin Nasihat Mona Allen Tak Umum Bertudung Di Media Sosial

Pelakon, Pekin Ibrahim, meluahkan rasa syukurnya apabila isteri, Mona Allen, mengambil keputusan untuk bertudung dengan rela hati sejak beberapa bulan lalu disamping berharap agar isterinya itu untuk terus beristiqamah.

ADVERTISEMENT

BACA: Iqram Dinzly Perjelas Insiden Dengan Mona Allen Hanya Gimik?

Memetik laporan daripada Harian Metro, Pekin yang popular menerusi filem Mat Moto itu turut memaklumkan bahawa dia tidak pernah menggesa isterinya untuk membuat perubahan secara drastik. Sebaliknya, mahu Mona melakukannya dengan rela hati.

Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.

Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung.

Tambah Pekin lagi, dia berasa sangat bersyukur dengan perubahan penampilan isterinya itu namun, menasihatkan agar Mona untuk tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.

Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen.

Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila.

Alhamdulillah, kami pun turut gembira tengok penampilan baru Mona Allen dan kami doakan agar Mona terus istiqamah untuk terus berhijab.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas