Connect with us

Oh! Media

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap Jawi, MAIWP

syamsul saman jawi

Oh! Artis

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap Jawi, MAIWP

Peguam pengarah kontroversi Syamsul Yusof iaitu Azahir Nasir mengesahkan anak guamnya telah menarik balik saman terhadap dua pegawai kanan Jabatan Agama Islam (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

ADVERTISEMENT

Jelasnya, pengurusan kes itu diselesaikan secara dalam talian di hadapan hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh.

BACA: “Ya, Ianya Fitnah” – Syamsul Yusof Jawab Dakwaan Kahwin Lagi, Nak Saman Jawi RM10 Juta

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Syamsul menfailkan saman pada 28 Mac menamakan defendan pertama Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd. Haris Abdllah, defendan kedua Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail dan MAIWP selaku defendan ketiga.

syamsul yusof

Syamsul mendakwa ibunya Datin Patimah Ismail telah menghantar Whatsapp memaparkan sekeping gambar tertera nama isterinya Faghira Fatini, no kad pengenalan, sebahagian tandatangan serta sebahagian keterangan yang diberikan Ira sewaktu dipanggil oleh Jawi.

Dakwa pengarah filem Mat Kilau itu, keterangan itu seolah-olah menggambarkan dia dan Ira mempunyai hubungan sulit di antara 2019 dan 2021.

Namun, Ira menafikan telah memberikan keterangan sedemikian dan telah membuat laporan polis pada 23 Disember 2022.

Syamsul mendakwa kenyataan fitnah itu telah menyebabkan ibunya marah sehingga mengeluarkan kata-kata yang mengguris perasaannya dan turut mengakibatkan Syamsul mengalami tekanan perasaan.

Syamsul memohon deklarasi bahawa kenyataan yang disebarkan itu tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan kesemua defendan telah merakam dan menyebarkan keterangan itu.

Pengarah ini berkata penyebaran dibuat bertujuan untuk memalukan, mengaibkan dirinya dan berniat jahat.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas