Connect with us

Oh! Media

“Ya, Ianya Fitnah” – Syamsul Yusof Jawab Dakwaan Kahwin Lagi, Nak Saman Jawi RM10 Juta

Syamsul Yusof

Oh! Artis

“Ya, Ianya Fitnah” – Syamsul Yusof Jawab Dakwaan Kahwin Lagi, Nak Saman Jawi RM10 Juta

Beberapa hari ini, nama pengarah Syamsul Yusof kembali hangat diperkatakan selepas timbul dakwaan mengatakan pengarah terkenal ini telah berkahwin lagi.

Terbaru, pengarah ini menerusi hantaran di Instagram menjelaskan bahawa dakwaan itu adalah fitnah.

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini juga mengatakan akan mengambil tindakan saman terhadap pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang dikatakan telah menyebar kenyataan tak benar, fitnah dan palsu kepada keluarganya bahawa pengarah ini telah berkahwin lagi.

IKLAN

Syamsul Yusof nak saman Jawi

Syamsul Yusof

Melalui Harian Metro, Syamsul berkata, buat masa ini cukuplah dia memaklumkan bahawa akan ambil tindakan undang-undang. Perkara lain akan dimaklumkan kemudian.

Perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu.

Akhirnya menjawab persoalan semua apabila Syamsul Yusof sendiri dah buka mulut menjelaskan khabar angin yang timbul.

Kredit: Instagram Syamsul Yusof

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas