Connect with us

Oh! Media

“Pandai-Pandailah Selesaikan” – Zizan Razak Tutup Mulut Kes Rakan Pelawak

Oh! Artis

“Pandai-Pandailah Selesaikan” – Zizan Razak Tutup Mulut Kes Rakan Pelawak

Sejak beberapa hari lepas, kecoh diperkatakan apabila seorang pelawak ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks. Pelakon dan pelawak, Zizan Razak turut mengakui terkejut apabila mendapat tahu rakan dalam bidang sama terlibat dalam aktiviti sedemikian.

ADVERTISEMENT

BACA: Selebriti Lelaki Rupanya ‘Penghantar’ Pekerja Seks?

Zizan Razak yang ditemui wartawan Sinar Harian dalam program Ummah Untuk Ummah di Zoo Melaka, Ayer Keroh walau bagaimanapun mengambil sikap menutup mulut dan tidak mahu menghangatkan lagi isu.

zizan razak

Ramai yang tanya saya termasuk ada mesej secara peribadi tanya siapa individu itu, tetapi saya memang tidak tahu. Kalau tahu pun, saya tidak akan beritahu.

Katanya, adalah lebih baik beliau menutup aib individu tersebut serta menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut.

Pada saya sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pandai-pandailah selesaikan masalah itu. Saya harapkan yang baik-baik untuk rakan-rakan pelawak.

Jelas pelakon Polis Evo ini, sejak kes tular, ramai yang menghubunginya untuk mengetahui identiti pelawak yang ditahan. Namun dia sendiri tidak tahu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan artis yang bertindak sebagai ‘transporter’ itu mengambil pekerja seks di Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang terlebih dahulu ditempah menggunakan aplikasi Whatsapp.

Wanita yang ditahan mendakwa kegiatan itu dikendalikan oleh seorang ejen yang bernama Kevin.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas