Oh! Artis
Pakai Topi Nampak Leher, Netizen Terkejut Tengok Imej Nelydia Bercuti Di Bangkok
Oleh
Pelakon terkenal, Nelydia Senrose dan kakaknya Uqasha Senrose bersama sepupu-sepupu yang lain dikhabarkan kini sedang bercuti di Bangkok Thailand.
BACA: Nelydia Senrose ‘Healing’ Bawa Diri Terbang Ke Luar Negara
Difahamkan, percutian ini khas untuk perempuan sahaja tau. All girls trip gitu! Tapi, apa yang menjadi perhatian ramai adalah imej Nelydia yang dilihat hanya memakai topi menampakkan lehernya.
Penampilan Nelydia itu dapat dilihat melalui video ‘vacation vibe check’ yang dimuat naik sepupunya, Aprena Manrose di Instagram.
Di ruangan komen, para peminat mempersoalkan adakah pelakon itu tidak lagi berhijab. Mereka turut mengaitkan status Nelydia yang sudah mengerjakan ibadah haji pada Julai tahun lalu.



Sementara itu, ada juga peminat mempertahankan Nelydia mendoakan semoga pelakon ini kekal istiqamah bertudung. Iyalah, nak istiqamah itu bukan mudah kan?
Kredit: Instagram Aprena Manrose
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
