Connect with us

Oh! Media

Pakai Hoodie Nampak Rambut, Netizen Sindir Niat Nazar Mona Allen Dapat Anak, “Terbang Habis Tudung”

mona allen bernazar

Oh! Artis

Pakai Hoodie Nampak Rambut, Netizen Sindir Niat Nazar Mona Allen Dapat Anak, “Terbang Habis Tudung”

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pasangan pelakon Pekin Ibrahim dan Mona Allen akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

ADVERTISEMENT

BACA: Risau Isteri Buka Semula, Pekin Nasihat Mona Allen Tak Umum Bertudung Di Media Sosial

Mona juga mendedahkan dia bernazar akan berhijab sekiranya dikurniakan anak. Katanya, suaminya sendiri tak tahu tentang niat nazarnya itu.

Namun, menerusi satu hantaran video di TikTok, pelakon drama Mr Donat Karamel dan Cik Serba Tahu itu menerima kritikan gara-gara memakai hoodie menampakkan sebahagian rambut.

Mona Allen dikritik pakai hoodie nampak rambut

@monaallen89 #monaallen #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #beranda #berandatiktok #berandafyp #berandafypシ ♬ original sound – Mona Allen

Difahamkan, Mona bersama keluarga kecilnya sedang bercuti di Langkawi. Ketika itu, mereka sedang menaiki tarikan terkenal di situ iaitu kereta kabel.

Di ruangan komen, netizen mempertikaikan niat nazar yang pernah dibuat Mona sebelum ini. Dalam masa yang sama, netizen mengakui beristiqamah bukanlah satu perkara yang mudah.

mona allen bertudung

Terdahulu, Pekin Ibrahim berasa sangat bersyukur dengan perubahan penampilan isterinya itu namun, menasihatkan Mona untuk tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial kerana bimbang akan dikecam netizen jika membuka semula tudung.

Apa-apa pun kita doa yang baik-baik jelah ya. Tegur tanda sayang betul tak?

Kredit: TikTok Mona Allen

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas