Connect with us

Oh! Media

“Otw Balik Hujan Lebat Pulak” – Elizabeth Tan Mengaku Tak Ada Kereta, Suami Bawa Motor

Oh! Artis

“Otw Balik Hujan Lebat Pulak” – Elizabeth Tan Mengaku Tak Ada Kereta, Suami Bawa Motor

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan dengan hati terbuka mengaku dia dan suami dua-dua belum mempunyai kereta.

ADVERTISEMENT

Perkongsian itu dibuat Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy di laman TikTok. Dalam rakaman video yang dimuat naik, Lizzy sempat mengusik suaminya yang terpaksa ‘angkut’ permainan video, PS5 yang baru dibeli mereka naik motor je.

Dalam perjalanan balik, hujan lebat pulak! Nasib baiklah PS5 tu selamat.

“Kita berdua memang takde kereta”

@elizabethtsm Sanggup weh 🤣 otw balik hujan lebat pulak tu hahahah #fyp ♬ Funny Song – Cavendish Music

Di ruangan komen, penyanyi lagu Knock Knock ini sporting melayan komen peminat. Lizzy setuju dengan pandangan naik motor lebih senang nak elak jalan raya sesak dekat Kuala Lumpur ni.

Baru tahu Lizzy pun naik motor je dengan suami dia. Cayalah Lizzy.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas