Connect with us

Oh! Media

‘Online Classes Still Nak Kena Bayar Full Payment, Tak Logik Langsung La..’

Oh! Artis

‘Online Classes Still Nak Kena Bayar Full Payment, Tak Logik Langsung La..’

Pelakon dan pengacara, Nabila Huda menerusi Instagram meluahkan rasa kurang senang dengan bayaran yuran persekolahan yang diambil penuh walaupun hanya belajar secara atas talian.

ADVERTISEMENT

Menurutnya, jumlah bayaran tidak logik sedangkan pelajar tidak menggunakan sebarang fasiliti di sekolah. Malah, pembelajaran juga tidak efektif kerana tidak semua pelajar faham sepenuhnya.

To all dear parents, it’s about time kite stop bayar yuran sekolah kalau takde siapa pun nak bantu kite selesaikan masalah yang dah spend duit dari last year for our kids tapi online classes. Online classes still nak kena bayar full payment tak logic langsung la.. Sekolah pun tutup bukan ada orang pakai facilities cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kite nak kena terus membayar macam ni.

Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes. Memang la orang akan cakap taktau belajar lah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu takde masalah. Tapi kenapa nak kena bayar full yuran. Tak boleh ke sekolah bertolak ansur jugak faham situation kami macam kami faham situation korang nak kena bayar gaji cikgu? Seriously, tak ok langsung cara ni. This is not fair for us.

Tambahnya, pihak sekolah perlu bersikap adil dengan cara bertolak ansur. Sekurang-kurangnya mereka perlu memahami situasi sukar yang dihadapi ibu bapa.

So now, i think i kena move forward, stop fikir pasal nak kena hantar Keisha pergi sekolah or this online classes. I dah start risau anak semakin membesar, banyak subject yang tak belajar secara proper sebab kids tak interested pun nak mengadap laptop semua ni sebab dorang perlu sentuh, tengok untuk faham setengah subject.

This virtual study tak 100 percent works for my daughter. It’s about time untuk home school walaupun dulu i memang pangkah sama sekali home school sebab i nak dia belajar bergaul and enjoy her childhood. Tapi dalam keadaan sekarang, i dah takde pilihan. Ok now, i sedang mencari teacher yang boleh ajar my daughter full subject. Do REPOST !!

Risau mengenai pembelajaran anak, Nabila Huda mahu mencari guru yang boleh mengajar di rumah. Menurutnya, pembelajaran secara virtual tidak sepenuhnya berkesan buat anak perempuannya, Keisha.

Kredit: Nabila Huda

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas