Nama Beto Kusyairy memang tidak asing lagi dalam industri perfileman tanah air selepas khudratnya sering terlihat dalam drama mahupun filem di Malaysia.
BACA: Memang “Kuat Wayang” Betul Beto Kusyairy Ni! Tak Ada Beza Dengan Kita
Lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan dua pelakon berbakat, Amerul Affendi dam Zahiril yang jelas mencetuskan lakonan yang bersahaja dan berkualiti.
Walaupun tidak terkenal seperti pelakon-pelakon lain, namun Beto masih mempunyai peminatnya yang tersendiri dan tetap menjadi pilihan pengarah untuk melakonkan sesuatu watak.
Pamer lakonan mantap, Beto beranikan diri terima adegan terbakar
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman telah tampil melakukan aksi lagak ngeri dengan membakar diri dalam sebuah filem lakonan terbaharunya.
Perkara itu turut mendapat perhatian daripada pelakon, Nabila Huda apabila berkongsikan adegan pelakon itu terbakar dalam sebuah drama berjudul Halimunan.
Dalam ciapan itu, Nabila sempat memerli akan isu sesebuah produksi yang memerlukan 1 juta followers untuk berlakon serta memuji lakonan mantap Beto.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga kagum dengan keberanian Beto yang menampilkan aksi berani mati serta turut memuji mutu lakonannya.
Sendiri mahu lakonkan aksi itu walaupun ada pelakon tambahan
Mengulas mengenai video tersebut, pelakon berusia 41 itu mendedahkan bahawa aksi tersebut adalah atas kemahuan sendiri walaupun terdapat pelakon tambahan yang disediakan.
Penerbit sudah menyediakan individu yang memang pakar dalam hal ini iaitu sekumpulan pelakon aksi lagak ngeri profesional untuk melakonkan watak saya.
Tetapi saya meminta untuk melakukannya sendiri, kenapa? Adalah sebabnya.
Bagaimanapun, Beto enggan menganggap aksi lakonan lagak ngerinya itu sebagai penanda aras bagi orang ramai mengiktiraf dirinya sebagai pelakon hebat.
Baginya, perkara itu bukanlah tanda seorang pelakon yang melakonkan aksi sendiri itu layak diangkat sebagai ‘pelakon sebenar’, malah yang tidak melakonkan perkara seperti itu juga perlu diiktiraf.
Aksi ini bukan bermakna seorang pelakon memang kena lakukan babak-babak berisiko tinggi sebegini sendiri untuk diangkat menjadi aktor yang baik atau kononnya ‘pelakon sebenar’.
Dah lakukan persiapan, akui tak terima secara ‘kosong’
Selain itu, Beto juga mengakui telah melakukan pelbagai persediaan termasuklah mempelajari ilmu serta teknik yang betul sebelum nekad ‘membakar diri sendiri’.
Menurutnya, dirinya bukanlah seorang pelakon yang ingin menerima aksi tersebut secara ‘kosong’, malah perlu mendapatkan pengawasan daripada mereka yang pakar.
Aku buat permintaan ini bukan buta kosong sahaja. Perlu belajar ilmu dan fahami teknik untuk lakukan aksi begitu, kena ada pengawasan dan penyeliaan ketat oleh mereka yang pakar.
Tambahnya lagi, pelakon Istanbul Aku Datang itu juga perlu lulus beberapa ujian daripada pakar dan perlu mempunyai keyakinan diri serta fokus yang tinggi dalam melakonkan adegan itu.
Kredit: Twitter Nabila Huda I Kosmo!
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media