Connect with us

Oh! Media

Isteri Shuk Sahar Dalam Proses Fail Cerai, Dah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung

rossa sera

Oh! Artis

Isteri Shuk Sahar Dalam Proses Fail Cerai, Dah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung

Konflik rumahtangga pelawak dan pengacara terkenal, Shuk Sahar sekali lagi diperkatakan apabila dia didakwa keluar ‘dating’ bersama perempuan lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Shuk Sahar Buat Hal Lagi, Kali Ini Kantoi Dating Dengan Skandal?

Perkara itu didedahkan sendiri isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera menerusi perkongsian di Instagram Story.

Terbaru, Rossa Sera ketika dihubungi wartawan berkata, dia dan suami sebenarnya sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan kini dalam proses untuk memfailkan penceraian.

Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk. Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini.

Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama.

Jelas wanita kelahiran Sabah ini, dia nekad bercerai selepas hampir lima tahun konflik rumah tangga tidak berkesudahan.

Dakwa Rossa Sera lagi, suami sering memanipulasi keadaan membuatkan dia memaafkannya berkali-kali. Apabila kecurangan sudah terbongkar, pengikut sendiri yang berkongsi hal berkaitan suami kepadanya.

Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat?

Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang.

Katanya, kali ini dia nekad dengan keputusan untuk bercerai. Tempoh sebulan berjauhan memberikannya ruang untuk berfikir dengan lebih dalam.

Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat. Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja.

Mengakhiri perbualan, Rossa Sera berkata keluarganya sama sekali tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana segala keputusan yang dibuat terletak di tangannya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas