Connect with us

Oh! Media

Nynaa Dan Suami Tak Jadi Cerai, Nasihat Hakim Syarie Disokong Netizen

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 12 01t173309280

Oh! Artis

Nynaa Dan Suami Tak Jadi Cerai, Nasihat Hakim Syarie Disokong Netizen

Konflik rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila pasangan itu membuat keputusan untuk berbaik semula.

BACA: Nynaa Harizal Mohon Cerai, Nafi Dakwaan ‘Dilarikan’ Ibu Bapa

Mereka dilihat berpegangan tangan ketika hadir di Mahkamah Syariah Kuala lumpur pagi tadi untuk sebutan semula kes permohonan Mohamed Fahmi agar Nynaa kembali taat.

IKLAN

Namun, apa yang meraih perhatian ramai adalah nasihat membina yang diberikan Hakim Syarie Mohd. Yusof Sulaiman. Menurutnya, perbincangan adalah penyelesaian terbaik dalam masalah rumah tangga.

Kalau pagi tidak bercakap, petang itu dah kena geletek isteri (bergurau senda), biar ada komunikasi.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai bersetuju dengan nasihat yang diberikan hakim itu. Mereka berpendapat, perselisihan faham memang perkara biasa dalam hubungan suami isteri.

Masing-masing hendaklah memainkan peranan tersendiri dan yang paling penting adalah komunikasi. Pendek kata, jangan pendam ketidakpuasan hati.

K1a
K2a
K3a
K4a

Terdahulu, Mohamed Fahmi telah menfailkan tuntutan supaya Nynaa kembali taat dan pulang ke rumah mereka di Jalan Pinang Kuala Lumpur.

Tuntutan yang dibuatnya itu adalah demi untuk menyelamatkan rumah tangga yang baru dibina pada 28 Ogos lalu.

Pihak Nynaa pula membuat Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Malah, pelakon itu turut menafikan dakwaan suami bahawa dia telah dilarikan ahli keluarga.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas