Oh! Artis
Nora Danish Akhirnya Bersuara Mengenai Dakwaan Kahwin 8 September
Nora Danish akhirnya bersuara mengenai dakwaan kahwin 8 September!
Pelakon jelita, Nora Danish akhirnya tampil menjelaskan isu panas selepas tersebarnya foto dan video yang mencetuskan spekulasi kononnya dia bakal berkahwin pada 8 September 2025.
Namun, menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Nora menegaskan bahawa berita itu tidak benar sama sekali.
Assalamualaikum semua. Ramai yang tertanya-tanya tentang gambar dan berita viral baru-baru ini. Dengan penuh kasih sayang dan hormat, saya ingin jelaskan, saya tidak akan berkahwin esok.
Nora Danish dedah perkara sebenar

Nora turut menjelaskan bahawa gambar dan video berkenaan hanyalah sebahagian daripada kempen pemasaran sebuah jenama, dan langsung tiada kaitan peribadi dengan dirinya.
Gambar atau video yang tular itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kempen pemasaran sebuah jenama, dan ia tidak ada kaitan peribadi dengan saya.
Hargai doa dan sokongan peminat

Dalam masa yang sama, Nora tidak lupa untuk menghargai segala doa dan kasih sayang daripada peminat yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.
Saya benar-benar menghargai semua kasih sayang, doa dan keprihatinan daripada anda semua. Saya harap ini dapat menjernihkan salah faham yang timbul. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dengan begitu baik. Saya sayang anda semua.
Pssttt! Jangan mudah percaya dengan spekulasi di media sosial. Kadang-kadang apa yang viral hanyalah strategi pemasaran.
Kredit: Instagram Stories
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM