Connect with us

Oh! Media

Nor Hidayah Mula Buka Hati Cari Pengganti Selepas 3 Tahun Pemergian Arwah Abam

Norhidayah abam ohmedia

Oh! Artis

Nor Hidayah Mula Buka Hati Cari Pengganti Selepas 3 Tahun Pemergian Arwah Abam

Tiga tahun bergelar ibu tunggal sudah pasti tidak mudah buat Nor Hidayah, balu kepada Allayarham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey). Bagaimanapun, Hidayah mengharungi semua dugaan itu dengan tabah dan kini dilihat bersedia untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya.

Perkara itu dikongsikan Hidayah di mana dia sebelum ini mendedahkan telah didekati beberapa lelaki dan kini bersedia menerima seorang lelaki sebagai suami dan ayah kepada tunggalnya.

Jika ada jodoh yang terbaik untuk ku, aku terima dan bimbing ku dijalan Mu ya Allah. Cinta pertama dan cinta syurga ku suamiku.

Aku tak memilih yang kaya, cukup sayang aku dan anak aku seperti mana arwah suamiku sayang terhadap diriku dan anak ku. Al-Fatihah suamiku tercinta, Syed Umar Mokhtar.

Image 1

Hidayah turut berkongsi gambar di atas pelamin dengan sejambak bunga. Untuk pengetahuan korang arwah Abam dan Hidayah berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hamzah.

IKLAN

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas