Connect with us

Oh! Media

Nonny Nadirah Akhirnya Buka Mulut Isu Berpakaian Seksi

6645a3ac 74bc 4965 9b9a 69df4c6b143c

Oh! Artis

Nonny Nadirah Akhirnya Buka Mulut Isu Berpakaian Seksi

Pelakon Nonny Nadirah akhirnya tampil memberi sedikit kenyataan kepada peminat yang mungkin tertunggu-tunggu penjelasan daripada tuan badan sendiri mengenai isu dirinya yang tiba-tiba sahaja berubah dan tampil berpakaian seksi di media sosial.

Nonny difahamkan telah memohon maaf di atas semua kesalahan yang pernah dilakukan dirinya kepada mereka di luar sana sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.

Namun tidak menyatakan secara terperinci, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memohon peminat serta netizen agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

IKLAN

Perkara tersebut dihebahkan Nonny menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya, semalam.

b790ddb3 a291 42f8 bb6f 25afba7f2abb

Assalamualaikum. Saya rindu semua. Sempena kedatangan bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya yang terang mahupun yang tersembunyi. Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala, saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabar, peminat maaf dan terima kasih untuk segalanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Melankolia ini enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Terdahulu, Nonny dilaporkan telah memuat naik sebuah video bergambar yang memaparkan seorang wanita yang dipercayai dirinya sambil berseluar pendek dan juga sebuah video di mana dia sedang berendam dalam sebuah baldi dan sedang berkemban di Instagram miliknya.

Kredit: Instagram Nonny

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas